KOLEKSI PUSTAKA

KOLEKSI PUSTAKA

MENANTI DIBACA

MENANTI DIBACA

MEMBACA

MEMBACA

BUKU PUN TERSENYUM

BUKU PUN TERSENYUM
Selamat Datang dan Terima Kasih Atas Kunjungan Anda

Bisikan Bidadari

"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia, "wahai adikku, bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh tak ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki. Menjadi 'izzah' yang paling gah bahkan lebih gah dari kekuatan seorang lelaki. Kerana sendu-rayunya wanita itu, Musa a.s. terselamat dari kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tapi senjata gagah."

Si adik tidak berpuas hati. Lalu dipertikaikannya lagi, "Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

Tersenyum sang bidadari berwajah manusia. "Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pada hambanya? Wahai para lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lalu ALLAH berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yang beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pada siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yang bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pada dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitulah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperagakan diri mereka kecuali kepada para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita-wanita yang suci. Tambahan lagi, wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi. Sesungguhnya wanita beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh."

Adik masih tidak puas hati. "Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka berasa malu?" Sang bidadari berwajah manis menguntum senyum penuh makna. Adik, semakin terasa mendalam kasih sayang pada penghuni jannah ini! "Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-hayanya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi bahan tontonan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik. Merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yang kalah dari segi psikologi. Namun adikku, wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu."

Adik menggaru-garukan kepalanya. "Jadi kakak, masih wujudkah wanita yang solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka?" Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri.

"Wahai adikku, di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita-wanita yang beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yang bermaruah. Maka demikianlah adikku menilai mereka. Tapi perlu juga dilihat pada keikhlasan hatinya, jua pada akhlaknya. Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yang solehah dan yang toleh. Namun adikku, jangan dicemuh wanita yang toleh itu, kerana dalam hati-hati mereka, tetap ada satu permata indah. Perasaan cinta pada ALLAH. Kerana fitrah cinta pada Rabb itu sentiasa ada dalam jiwa setiap insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan untuk kembali pada jalan yang mereka tahu hak ALLAH. Cuma kadang-kadang label solehah itu terasa berat di bahu mereka. Kadangkadang, mereka takut pada persepsi wara' dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga. Maka sesiapa sahaja yang menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yang berilmu maka dia adalah alim dalam bidangnya. Persepsi yang salah pada dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada peringkat yang lebih baik. Sedangkan mereka alpa bahawa ALLAH tidak menjadikan makhluk ciptaanNya tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. Dia mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk generasi Hawa ini. Ditinggikan martabat golongan Hawa ini, tetapi sayang seribu kali sayang, golongan Hawa ini kadang-kadang merendahkan martabat mereka yang ALLAH jadikan penuh kemuliaan."

"Wahai adikku, terdapat 1001 keindahan penciptaan wanita. Jadi, pandai-pandailah dikau menilai antara permata dan debu-debu kilauan pasir."

"Wahai adikku, wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah. Namun, epal yang tidak mampu dibeli, ia berada di perdu tinggi. Susah dipetik, susah digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Sama seperti yang dijanjikan ALLAH, perempuan yang terbaik adalah untuk lelaki yang terbaik."

Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah-buah epalnya yang merah-kemerahan. Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa ini. Wahai adikku, sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH, kamu kanak-kanak adalah penghuni syurga kerana lahirmu suci dari sebarang dosa.

0 komentar:

Posting Komentar